Wednesday, 10 February 2016

SANDWICH TUNA



tiada tuna sandwich yang terlebih sedap melainkan kalau buat sendiri.. hehehe.. kenapa??
sebab kami alah dengan rasa hanyir!! jalan terbaik ialah buat sendiri..
BAHAN2:
2 tuna dlm tin - buang airnya / klu in oil boleh lah guna minyak tu
1 labu bawang besar - dadu
2 biji tomato - dadu
mayonnaise - letak banyak sikit (tengok gambar)
serbuk lada hitam - ikut suka
air perahan limau kasturi - banyak sikit
garam
HIASAN: daun salad / hirisan timun
CARA MEMBUATNYA:
Campurkan kesemua bahan2 ini dan gaul rata2.
TIPS :
kerana family kami alah pada hanyir maka kak noor akan lebihkan mayonnaise serbuk lada hitam dan perahan limau kasturi. memang sedap sangat.. perghhh!!!

KARI IKAN EXPRESS




Lauk emergency
ada ikan goreng belen2 semalam x habis? tolong jgn buang!!
nak masak kari yg sedap tapi leceh??
tiba2 ada tetamu tak di undang datang, dan tak cukup bahan?
jom kita cuba ni..

BAHAN2:
Ikan goreng lebih semalam
(ayam/daging/ketam/udang/sotong pun boleh)
Serbuk rempah kari - biar lebih
Tomato
Daun kari
Perencah:
Bawang besar - hiris kasar
Bawang putih - tumbuk
Halia - tumbuk
CARA MEMASAK:
1. tumis perencah 
2. masukkan serbuk rempah kari yg di bancuh air 
3. tumis sampai pecah minyak.
4. masukkan air jangan banyak dan biar sampai nampak berminyak
5. masukkan ikan, asam keping, tomato, daun kari dan garam.
SIAP!!
TIP SEDAP:
jangan sesekali masukkan segala pak aji dan gula sbb masakan ini dah cukup sedap dgn perencah aslinya.
nota: kalau takde perencah lain.. kalau bawang hiris saja pun boleh!!

ASAM PEDAS IKAN NYOK2


Pertama kali mencuba masak ikan nyok2, sedap sungguh. Kena pulak masak pekat2, tapi kali ni takde daun kesum, hanya guna daun kunyit saja.
macam biasa, kalau asam pedas.. memang perghh!!

BAHAN2:
Ikan - cuci bersih, rendam dengan air asam jawa atau perahan limau, toskan
Bendi
Tomato
Air asam jawa 
1 keping asam keping
Daun kesum/daun kunyit
Air
Garam
Bahan Tumis: (blender)
5 ulas bawang kecil (atau 1 biji bawang besar)
3 ulas bawang putih
kunyit hidup sebesar separuh ibu jari
1 senduk cili kering
 sedikit belacan
CARA MEMASAK:
1. tumis bahan perencah yg di blender sehingga garing dan pecah minyak
2. Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih dan pekat sikit
3. masukkan ikan, tomato, garam
4. masukkan daun kesum/daun kunyit
TIPS SEDAP:
1. Jangan sesekali guna sebarang pak aji atau gula, jika tidak rasa dia memang akan lari ke laut.
2. Jika nak asam pedas yang sedap, kena pandai balancekan antara masam dan garam dia. adjust tang 2 ni je.. jangan sesekali letak gula ya..!!
3. Jangan cair sangat.. biar pekat2 sikit baru sedap.
4. Pastikan perencah cili tu di tumis benar2 garing (tidaklah hangus).. baru masukkan air.
5. Kacang bendi jangan di kerat hujungnya.. sebab nanti lendir dia keluar dalm kuah.
6. Selain belacan, buah keras juga adalah agent pemekat kuah. Kalau tak guna belacan boleh guna buah keras.
Selamat mencuba. Masak sendiri jauh lebih sedap dan puas dari makan di luar.
Masaklah untuk insan tersayang

ASAM REBUS IKAN PARANG




Takde Selera?? 
Kalau tekak takde selera nak makan, apa kata cuba masak lauk asam rebus ni. Sedap tau..!!
Asam rebus juga sedap di campur tempoyak, tapi itu kak noor tunjuk lain kali ya. Sekarang kita try masak ni dulu.

(boleh juga nak guna ikan lain - atau nak letak seafood campur2 pun boleh)
BAHAN2:
Ikan parang
Serai
Daun kunyit
Tomato / nenas
asam jawa / asam keping
Bahan ini di blender:
Lada merah
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Halia
Belacan
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk, bersama bahan2 kisar, serai, nenas (jika guna nenas), air asam / asam keping dan biarkan mendidih.
2. Masukkan ikan parang, tomato dan daun kunyit sehingga ikan masak.
3. Masukkan garam dan biarkan seketika.
TIPS SEDAP:
1. Jangan sesekali letak sebarang pak aji atau gula, kerana asam rebus yang sedap wajar datang dari rasa asli rencahnya.
2. Kalau letak gula, rasa dia akan lari.
3. Asam rebus tidak patut rasa manis. Dia mestilah masam2.

DAGING BERKICAP




Ringkas dan mudah... 
Ini lauk kesukaan anak2 dan suami. Paling sedap kalau daging tu di hiris nipis kemudian goreng. Resipi ini cukup mudah dan senang sekali. Jom kita tengok...

Bahan2 nya:
Daging - hiris nipis2 dan gaul garam kunyit dan goreng
(boleh juga nak guna ayam / ikan atau apa saja )
Kentang - goreng
Bawang besar )
Bawang putih ) hiris
Halia )
Lada padi
Kacang boncis / kacang panjang
Tomato
Kicap masin (kicap manis pun boleh)
Air (jika suka)
Limau kasturi
CARA MEMASAK:
1. tumis bahan hirisan (letak serbuk kunyit sikit je.. sedap)
2. jika guna air.. masukkan air dan biar mendidih
3. jika tak guna air.. terus masukkan daging, kentang - gaul rata
4. masukkan kacang boncis/kacang panjang dan tomato
5. masukkan kicap - letak banyak baru sedap. kalau guna air pun biar
kicapnya banyak.. biar terasa gitu.
6. perahkan sedikit limau kasturi.. dia akan bagi rasa yg pergghh!!!
TIP / PETUA SEDAP:
1. jangan guna bahan perasa/ajinomoto/ajishio dsbnya
2. jangan letak gula
(sebab masakan ini cukup dengan rencah asli yang lebih sedap)
Selamat mencuba dan semoga menepati selera

AYAM MASAH MERAH BERSANTAN




BAHAN2
Ayam (ikan / daging - apa2 pun boleh)
Kentang
Tomato
Santan pekat
Minyak
Asam keping
Garam
Daun limau purut
Daun kunyit
PERENCAH DI MESIN:
Bawang merah )
Bawang putih )
Lada merah ) blender
Serai )
Buah keras )
CARA MASAK:
1. bersihkan ayam.
2. tumis perencah yang telah di mesin hingga pecah minyak
3. masukkan ayam dan kentang (kalau ayam muda, dah mendidih 
baru masukkan ayam)
4. masukkan santan - sampai kentang empuk
5. masukkan tomato, asam keping, daun limau purut / daun kunyit
6. masukkan garam.
TIP / PETUA SEDAP:
1. jangan guna bahan perasa/ajinomoto/ajishio dsbnya
2. jangan letak gula

KARI SEAFOOD





Bosan kari ikan? 
Mari cuba kari seafood pulak. Sedaplah juga, tapi macam biasa.. kari mesti pekat ya!!

Bahan2:
Sotong putih
Udang laut
Ketam
Bendi - jangan kerat supaya lendir tak keluar
Rempah kari ikan
Santan
Tomato
Daun kari
Asam jawa
Garam
Minyak
PERENCAH DI KISAR: tumbuk kasar pun boleh
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cara memasak:
1. tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. masukkan air sedikit + rempah kari
3. tumis sampai pecah minyak
4. masukkan santan
5. bila mendidih - masukkan sotong, bendi, tomato, air asam, garam
6. bila mendidih masukkan daun kari
TIP SEDAP:
1. Kari yang sedap rasanya mesti masam2 dan pekat
2. AWAS..!! jangan sesekali letak pak aji atau gula kerana ia
merosakkan "kejantanan" kari ini
3. Kalau nak campur2 serbuk kari pun boleh - contoh: baba's dan
adabi

IKAN MERAH MASAK SINGGANG


Sesuai makan untuk yang demam, takde selera. Resipi ni sedap masam2.

BAHAN2:
ikan merah
tomato - di belah
asam keping
air
garam
minyak
serbuk kunyit
serai
daun sup
lada hijau/merah jika suka
Bahan hiris:
bawang besar
bawang putih
halia
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan hirisan, serbuk kunyit dan serai hingga layu
2. Masukkan air, asam keping biar didih
3. Bila dah betul2 mendidih, masukkan ikan dan tomato, lada
hijau/merah dan garam
4. Hias dengan daun sup

TIPS SEDAP:
Jangan letak pak aji/ajishio atau gula sebab resipi ini sudah cukup sedap dan lengkap, in syaa ALLAH.
balance kan saja rasa antara masam dan masin nya.

SAMBAL SOTONG GORENG



BAHAN2:
sotong di potong jangan putus - gaul kunyit dan garam - goreng
1 biji bawang besar - di hiris
2 biji bwang putih - di hiris
lada kering / lada merah / lada padi / atau campur2 pun boleh - di mesin
limau kasturi
garam
minyak
CARA MEMASAK:


1. panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih
hingga layu
2. masukkan lada mesin - tumis hingga naik minyak - jangan berair
3. masukkan sotong goreng
4. masukkan garam
5. perahkan limau kasturi
TIP / PETUA SEDAP:
1. jangan guna bahan perasa/ajinomoto/ajishio dsbnya
2. jangan letak gula

SOTONG GORENG BERKARI

[ sedappp sangat..!!! ]
ini masakan pembuka selera. sedap tau, nak2 kalau makan dengan nasi panas ke.. nasi sejuk ke.. kalau makan kat luar mahal ni.. baik masak sendiri!
* sesuai sebagai side dish
* sedap di makan dengan apa2 jenis nasi / roti


BAHAN2
1 kg sotong putih - potong ikut suka - gaul garam kunyit dan goreng
tomato - potong 4
2 peket kecil serbuk kari ikan
sedikit minyak
1/2 cawan air
1 keping asam keping
garam
daun kari - optional
rencah di tumbuk:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
cara memasak:
1. tumis bahan2 perencah hingga naik bau
2. masukkan air dan serbuk kari - sentiasa kacau supaya tak hangit
3. agak2 dah pecah minyak, garam, tomato, asam keping dan kacau lagi
4. masukkan sotong dan daun kari (jika ada) - kacau2 sebentar.. SIAP!!
5. masakan ini tidak berair - ia harus pekat macam sambal
6.
TIPS SEDAP:
1. jangan goreng sotong lama sangat
2. sotong hendaklah di toskan dulu sebelum goreng
3. jangan guna sebarang perasa tiruan
4. jangan letak sedikit pun gula

KENTANG BERLADA



BAHAN2

kentang di hiris nipis atau tebal - goreng
ikan bilis - goreng 
lada merah (kalau nak campur2 lada pun boleh) - blender
bawang besar - hiris
limau kasturi - OPTIONAL
garam

CARA MASAK:

1. goreng kentang - angkat
2. goreng ikan bilis - angkat
3. goreng hirisan bawang besar sampai layu
4. masukkan lada blender - tumis sampai pecah minyak
5. masukkan kentang dan ikan bilis
6.. masukkan garam
7. perahkan limau kasturi dan godek2 - tutup api.

selamat mencuba...

AYAM MASAK BLACK PEPPER


(jenis cepat di masak)
sangat sedap makan dengan nasi ayam..
BAHAN2
isi ayam - potong kecil1 biji bawang besar hiris bulat2
3 ulas bawang putih cincang
sedikit halia cincang
1 btg serai - titik
sedikit sos lada hitam
sedikit kicap masin
2-3 helai daun limau purut
CARA MEMASAK
1. tumis bahan2 tu sampai naik bau.
2. masukkan ayam
3. masukkan sedikit air dan sos lada hitam, kicap dan biar pekat sikit
4. masukkan garam
* masakan ni manis sikit sebab sos lada hitam tu manis. budak2 memang sukalah.

AYAM KUNG PAO



BAHAN2:
ayam - potong agak kecil2 - gaul dengan garam, serbuk kunyit, kemudian salutkan dengan tepung jagung dan goreng
BAHAN2 PERENCAH:
2 biji bawang besar - potong dadu
5 ulas bawang putih )
sedikit halia ) ditumbuk halus
lada kering - gunting agak halus sikit
1 biji lada bangla - potong besar2
cili sos
sos tiram
minyak (kalau nak guna minyak bijan lagi sedap)
garam
CARA2 MEMASAK:
1. Goreng lada kering sebentar saja - ala2 je .. dan ketepikan
2. Tumis halia dan bawang putih hingga garing
3. Masukkan bawang besar dan lada bangla
4. Masukkan ayam
5. Masukkan semua sos2 dan garam dan gaul rata2